Rabu, 15 Februari 2012

Suara Tempatan Anda

Belajar Urus Kewangan Peribadi Perlu Bermula Pada Usia Muda

Kuala Lumpur: pendidikan berkenaan pengurusan kewangan peribadi perlu bermula di sekolah menengah bagi memastikan rakyat mahir menguruskan kewangan mereka pada usia yang muda. Generasi muda perlu mahir dalam pengurusan kewangan supaya masalah kemuflisan pada usia muda yang melanda negara ini dapat dihapuskan. Usia semasa sekolah menengah sesuai kerana pada usia ini mereka mula diberi tanggungjawab menguruskan wang yang lebih besar jumlahnya, mereka akan lebih arif dan mereka lebih matang berbanding usia di sekolah rendah.

Pihak berkaitan dicadangkan membentuk modul pendidikan ini sama ada diterapkan dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti seperti koperasi sekolah. Ibu bapa juga harus memainkan peranan penting bagi mendidik anak mereka dalam pengurusan kewangan peribadi. Kemahiran dalam penyediaan bajet merupakan komponen penting dalam pengurusan kewangan peibadi. Namun, ramai yang telah membuat bajet tetapi ramai yang membuat bajet dengan cara yang salah, seperti komponen bajet melibatkan simpanan tidak sampai 10 peratus daripada gaji dan bayaran hutang melebihi sepertiga daripada gaji.



EDIT BY ME : Tyna Shinohara (Tynatinz@gmail.com & SUTINAHTINA64@YAHOO.COM) J
Rujukan : Rencana Akhbar Harian Express (15 Feb 2012) M/S 9 ^_^

                 

Tiada ulasan: