Idola dan Thagut


Baru saya tahu apa maksud “idola” itu . Saya ingat dulu idola itu ialah contoh yang baik untuk kita ikuti. Rupanya tidak . Apabila saya mengetahui maksud idola itu apa , saya tidak mahu menjadikan tokoh saya sukai itu menjadi idola saya sebaliknya saya akan menganggap idola itu sebagai contoh yang baik buat saya untuk saya jadikan inspirasi .

nak tahu maksud idola ???

Pembukaan ~

Pada dunia kita yang sedang mengalami arus permodenan , para remaja perlu mengetahui bahawa wajah-wajah thaguhut yang agak berbeza dengan thaghut zaman dahulu. Kalau zaman dahulu , thaghut itu ialah seperti Firaun , Haman . Qarun, Abu Jahal, Abu Lahab Dan Seumpamanya . Kamu mesti lebih mengetahui mengenai sejarah nama-nama yang baru penulis katakan.

Tapi, dunia kita sekarang ada thagut lain yang diperkenalkan yahudi dengan nama idola . Idolalisasi adalah gerakan yang ditaja oleh yahudi bagi merosakkan remaja termasuklah remaja muslim . Idolalisasi adalah proses menjadikan individu itu sebagai thaghut ataupun pengikut thaghut . Ada antaranya menjadikan artis contohnya lady gaga sebagai idola , ada anak remaja yang sanggup mengenakan pakaian dan cara hidup artis tersebut kerana sangat meminati perwatakannnya. Adakah apabila kamu meminati lagu-lagu tanpa mengetahui maksud-maksud lagu tersebut ? Adakah persembahan artis tersebut sangat hebat ? Kenapakah kamu tidak menyedari bahawa semua persembahan yang ditunjukkan adalah berunsurkan pemujaan ????

Maksud IDOLA

Idola diambil daripada kata idol dalam bahasa inggeris . Idol dalam bahasa Perancis Tua : Idole, Latin : Idolum, Greek : eidolon.
Cuba kita lihat , idola menurut kamus dawn bahasa bermaksud berhala, patung sembahan , tokong , pujaan & mendewa-dewakan .

Idola secara falsafah adalah bermaksud apa-apa yang dipuja dan didewa-dewakan sehingga ia menjadi ikon yang disembah .

Ikon Dan Idola

Dunia tanpa sempadan ! ya , betul . Bermacam cara kita boleh mengetahui pelbagai maklumat hanya melalui jalur lebar . Cuma , adakalanya manusia tidak menggunakannya dengan sebaiknya. Pada dunia media zaman sekarang , idola telah diberikan peranan yang penting iaitu menjadi ikon kepada produk media dengan tujuan tertentu . Pada kebiasaannya , idola dalam dunia merujuk pada personaliti. Contohnya seperti iklan sukan , atlet dijadikan ikon untuk mempromosikan produk tertentu . Contohnya barangan jenama Nike dipromosikan oleh Kobe Bryant pemain NBA termuda dengan diberi habuan yang sangat besar iaitu jutaan dolar USA.
Persoalannya , adakah model-model yang digunakan bagi mempromosikan produk dalam media itu hanya sekadar ikon ?


Renung-renungkan lah ya J

Ini cumalah peringatan buat kita semua ~
Saling mengingat sesame sendiri yaaa ??







BY ME : Tyna Shinohara (Tynatinz@gmail.com)

Sumber rujukan : Wikipedia , remaja sukses (PTS Millennia Sdn. Bhd.)